KOLABORASI OTAK & OTOT
SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera 28 April 2026 DIALOG SULUNG MYAEROSATU: KOLABORASI “OTAK DAN OTOT” PACU PERTUMBUHAN AEROANGKASA NEGARA KUALA LUMPUR – Pada hari Sabtu, 25 April 2026, Persatuan MyAeroSatu telah melakar sejarah dengan penganjuran dialog sulung bertajuk “Catalytic Enablers to Enhance Aviation Growth”, menghimpunkan lebih dari 60 pemain industri aeroangkasa, ahli akademik, penggubal dasar dan pengamal media. Dialog tersebut menampilkan barisan panel terkemuka industri: Encik Sitham Nadarajah, Datuk Zulkarnain Mohamed, Profesor Dato’ Ahmad Zahir Mokhtar, dan Dato’ Dr. Abdul Rashid Malik. Turut hadir wakil daripada MBOT, NAICO Malaysia serta wartawan kanan Tuan Kamarul Bahrin Haron. Dalam ucapan penutup, wakil MyAeroSatu menegaskan bahawa pemangkin sebenar pertumbuhan industri bukan sekadar teknologi atau modal, tetapi tindakan kolektif semua pihak berkepentingan. “Dari luar, penerbangan nampak glamor. Di dalam, ia adalah matematik, timbang tara, dan keput...